You Are Reading

0

Automotif

Cikgu ROG Jumaat, 13 Ogos 2010


SISTEM ENJIN 4 LEJANG

Enjin ialah pembekal kuasa yang membekalkan tenaga haba kepada tenaga putaran untuk membolehkan roda berpusing dan menggerakkan kenderaan. Kebanyakan enjin automotif ialah enjin pembakaran dalam kerana bahan api terbakar di da
lam ruang enjin (ruang tertutup).

Bahan api terbakar di dalam enjin mengeluarkan satu tekanan tinggi di dalam ruang pembakaran. Tekanan tinggi memaksa omboh bergerak. Pergerakan dipindahkan oleh rod penghubung ke aci engkol. Ini memaksa aci engkol berputar, kemudian kuasa dibawa melalui unit penghantaran ke roda kenderaan untuk memusingkannya dan menggerakkan roda.






Enjin 4-Lejang Petrol

Enjin dibahagi kepada dua bahagian utama :
a. Pepasangan enjin, yang terdiri daripada bahagian-bahagian utama enjin
b. Sistem sokongan enjin seperti pelinciran, penyejukan,ekzos,bahan api dan sistem elektronik.

Pepasangan enjin atau loji kuasa terdiri daripada bongkah silinder,kepala silinder,aci engkol,injap-injap dan bahagian sekutu.Komponen-komponen dalam Enjin

Ruang pembakaran


• Terletak di bahagian kepala silinder.
• Tempat di mana campuran udara bahan api yang dimampat dan dibakar bagi tujuan menghasilkan kuasa.
• Terdapat lubang berulir untuk memasang palam pencucuh.

Lubang silinder

• Ia adalah bahagian berlubang dalam bongkah enjin yang menempatkan omboh.
• Lubang silinder terletak di bahagian bongkah enjin.

Rongga masukan

• Rongga masukan adalah saluran yang terletak di antara karburetor dengan rongga pembakaran.
• Campuran udara dan bahan api akan disedut nasuk ke dalam lubang silinder melalui rongga masukan.
Rongga ekzos
• Rongga ekzos adalah saluran yang menghubungkan lubang silinder dengan paip ekzos
• Gas ekzos dikeluarkan melalui rongga ekzos.


Omboh

• Omboh bergerak turun dan naik di dalam lubang silinder yang dipanggil gerakan salingan omboh.
• Omboh berfungsi untuk menrima daya penolakan hasil pembakaran dan memindahkan daya ini ke aci engkol.

• Jenis-jenis bentuk omboh seperti berikut:
a. Omboh Skirt Belah
b. Omboh Skirt gelincir
c. Omboh Autoterma
d. Omboh Bujur (bentuk elips)


Rod penghubung

• Menghubungkan Omboh dengan aci engkol.
• Bahagian hujung kecil rod ini disambungkan kepada Omboh.
• Bahagian hujung besar pula disambung kepada aci engkol.
• Terdapat pengaut pada bahagian hujung besar untuk menyimbah minyak miyak pelincir.
• Berfungsi menukarkan gerakan saling Omboh kepada gerakan putaran aci engkol.

Aci engkol

• Aci engkol dipasang di dalam Bongkah enjin.
• Pada aci engkol terdapat pengimbang tara berat yang mengimbang dan melicinkan pergerakan putaran enjin.
• Satu hujungaci engkol disambungkan dengan roda tenaga.
• Manakala satu hujung lagi ialah aci penghantar kuasa yang menukar pergerakan salingan omboh kepada pergerakan pusingan untuk memusing roda tenaga.


Aci sesondol


•Aci sesondol mempunyai gear dan dua buah sesondol.
• Gear aci sesondol dipasangkan bersama dengan aci engkol
• Pergerakan sesondol akan menyebabkan injap terbuka dan tertutup.
• Aci sesondol berfungsi untuk mengawal pemasaan injap masuk dan eksoz.


Tapet


• Tapet terletak di antara sesondol dan batang injap.
• Sesondol akan menggerakkan tapet bagi membuka dan menutup injap.


Injap

• Terdapat dua jenis injap iaitu:
  1. Injap masukan
  2. Injap ekzos
• Injap masukan terletak berhampiran dengan romgga masukan.
• Injap ekzos terletak berhampiran dengan rongga ekzos.
• Injap masukan bersaiz besar sedikit daripada injap ekzos.
• Injap masukan berfungsi untuk mengawal kemasukan campuran udara dan bahan api ke dalam lubang silinder.
• Injap ekzos berfungsi untuk membebaskan gas ekzos hasil pembakaran dalam lubang silinder melalui paip ekzos.







0 comments:

Catat Ulasan