You Are Reading

0
Cikgu ROG Jumaat, 13 Ogos 2010


Tahukah anda Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) telah mengeluarkan piramid makanan yang baru. Dahulunya pyramid makanan mempunyai 5 tingkat tetapi sekarang sudah ditukarkan menjadi 7 tingkat dimana keperluan yang paling diperlukan seseorang ialah senaman/bersukan dan pengambilan 8 gelas air mati sehari.



LIMA KUMPULAN NUTRIEN YANG UTAMA

Protein

Fungsi

• Terdiri daripada beberapa jenis asid amino
• Protein kelas pertama boleh didapati dari binatang
• Protein kelas kedua diperoleh dari sayuran
• Bahan untuk tumbesaran dan memperbaiki sel-sel yang rosak serta member tenaga.

Contoh makanan

• Protein kelas pertama ialah protein yang mengandungi semua 10 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Ia terdapat pada daging, ikan, susu, dan telur.
• Protein kelas kedua pula merupakan protein yang tidak mengandungi kesemua asid amino yang perlu. Ia terdapat dalam protein tumbuhan seperti sayuran, kekacang, dan buah-buahan.


Karbohidrat


Fungsi

• Menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera kedalam sistem tubuh manusia.
• Menyediakan 50% dari pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia .
• Merupakan bahan bakar untuk kegiatan sel dan tisu
• Jika berlebihan akan disimpan sebagai lemak

Contoh makanan

• Gula : gula,glukos, sirap
• Kanji : tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu
• Selulos
• Gam
• Pektin


Lemak


Fungsi

• Menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori
yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh
• Penting sebagai tenaga untuk menjalankan setiap aktiviti
• Bahan asas tenaga dan disimpan sebagai lemakContoh makanan
• Lemak tepu : minyak sapi, mentega, lemak sayuran, lemak daging, lemak khinzir, serbuk koko dan produk tenusu penuh krim.
• Lemak tak tepu : isirung kelapa sawit, jagung, bunga matahari, safflower, kacang soya, bran beras dan bijan) dan ikan laut dalam.


Vitamin


Fungsi

• Mengawal proses-proses penting dan membantu mempercepatkan tindak balas
• Turut terbabit dalam penghasilan sel darah merah, hormon, genetik, dan kimia dalam sistem saraf
• Tidak membekalkan0 kalori tetapi membantu badan mendapat tenaga dari tubuh

Contoh makanan

• A (retinol) : susu, kuning telur, mentega, minyak, hati, ikan, lobak merah, bayam,dan sayuran
• Tiamin :Yis, bijirin, daging, hati• Riboflavin: Yis, bijirin, keju, susu, sayuran h
ijau
• Niasin : Yis, bijirin, hati, kopi
• Asid pantotenik : Kuning telur, hati, ikan, sayuran hijau
• Piridoksin: Daging, ikan, bijian, telur, pisang, dan kentang.
• Kobalamin : Daging, ikan, tenusu
• Asid folik : Cendawan, kuning telur, hati, sayuran hijau
• H (Biotin) : Kuning telur, hati pisang• C (Asid askorbik) ; Betik, limau, oren, tomato, sayuran hijau
• D (Kalsiferol) ; Telur, minyak ikan kod, mentega
• E (Tokoferol) : Sayuran hijau, minyak tumbuhan, kuning telur
• K (Filokuinon) : Bayam, sayuran hijau


Garam mineral

Fungsi

• Mengandungi kompoun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia
• Beperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan
• Membekalkan bahan-bahan khas untuk tumbesaran , membaiki dan menjaga kesempurnaan sel.

Contoh makanan

• Kalsium : Kandungan utama tulang dan gigi
• Magnesium : Pembinaan tulang dan gigi, mengekalkan fungsi otot dan sistem saraf
• Ferum : Kesihatan kulit
• Natrium : Komponen penting plasma darah
• Kalium : Memastikan pengecutan otot yang normal, Pemindahan impuls saraf
• Iodin : Terlibat dalam pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak
• Sulfur : Membentuk komponen sesetengah asid amino
• Fosforus : Pembentukan tulang dan gigi
• Klorin : Memelihara tekanan osmosis yang normal dalam bendalir sel, Membina ATP semasa proses respirasi sel

0 comments:

Catat Ulasan