Archives

0

MAKENIKAL DALAM ESKALATOR

Cikgu ROG Rabu, 25 Ogos 2010
oleh wana

MAKENIKAL DALAM ESKALATOR

Eskalator adalah tangga yang bergerak iaitu pengangkutan untuk mengangkut orang di antara dua tingkat berbeza pada sesuatu bangunan. Eskalator terdiri daripada rantai bermotor, ank-anak tangga yang bergerak ke atas atau ke bawah pada trek, sehingga tapak langkah yang horizontal. Eskalator digunakan di seluruh dunia untuk bergerak lalu lintas pejalan kaki dan membantu mempercepatkan perjalanan. Antara bangunan-bangunan yang menggunakan esklator ialah department store, pusat membeli belah, lapangan terbang, sistem transit, pusat konvensyen, hotel, dan gedung-gedung awam. Eskalator mempunyai kapasiti untuk memindahkan sejumlah besar orang, dan mereka boleh ditempatkan dalam ruangan fizikal yang sama seperti berfungsi sebuah tangga.Eskalator tidak bergerak lambat (kecuali selama kapasiti yang sangat berat.

0
Cikgu ROG


Oleh Fadzlin Sen

SISTEM ROBOTIK ASAS

Secara umumnya robot membawa maksud satu unit mekanikal yang boleh menjalankan pelbagai fungsi. Ia direka khas untuk menggerakkan sesuatu benda kerja atau peralatan melalui pelbagai gerakan yang diprogramkan. Satu unit mekanikal boleh didefinisikan sebagai robot apabila mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai pelbagai paksi gerakan yang membolehkannya melakukan kerja serta mempunyai sistem kawalan yang boleh diprogramkan untuk melakukan kerja sesuatu gerakan. Penggunaan robot adalah penting dalam industri pembuatan masa kini. Ini kerana robot dapat membantu manusia melakukan pelbagai kerja sukar.


0

PRINSIP ASAS PENYAMANAN UDARA

Cikgu ROG Ahad, 22 Ogos 2010

oleh Onney Chan.


PRINSIP PENYAMANAN UDARA

Penyamanan udara yang lengkap melibatkan proses pemanasan, penyejukan, pelembapan, pengeringan, kitaran, dan pembersihan udara. Memandangkan Malaysia adalah sebuah Negara yang mengalami musim panas sepanjang tahun, maka pemprosesan pemanasan dan pengeringan tidak perlu dipertimbangkan. Penyamanan udara merupakan proses parawatan dan pengawalan udara pada sesuatu ruang tertentu (ruang tertutup). Rawatan yang dimaksudkan adalah dari segi mekanikal yang mana berkaitan dengan aktiviti pengawalan suhu, kelembapan, kebersihan pengagihan udara dan permbaharuan udara.


0
Cikgu ROG Sabtu, 14 Ogos 2010

Komponen komputer adalah gabungan piranti elektronik yang terdapat di dalam sebuah komputer. Piranti elektronik ini biasa disebut sebagai `computer hardware'.Di malaysia sendiri kita sentiasa didedahkan dengan teknologi baru tetapi adakah kita tahu apakah komponen yang menyebabkan komputer itu befungsi?atau kita hanya menjadi penguna sahaja sedangkan dengan mudah sahaja kita ditipu dengan meraka yang menyatakan kita buta komputer?


0
Cikgu ROG

SISTEM SOKONGAN ENJIN

Sesebuah enjin tidak sempurna tanpa disokong oleh beberapa sistem lain yang mempunyai fungsinya yang tersendiri antaranya ialah Sistem Penyalaan,Sistem Bahan Api,Sistem Penyejukan,Sistem Pelinciran dan Sistem EkzosSekiranya salah satu daripada sistem ini tidak dapat berfungsi atau mengalami kerosakan, perjalanan enjin mungkin tidak dapat berfungsi atau tidak lancar.


0
Cikgu ROG


SISTEM PELINCIRAN

Minyak enjin mempunyai kelikatan masing-masing mengikut gred yang mana tugas minyak ini adalah sebagai pelincir bagi komponen yang bergerak dalam sesebuah enjin seperti piston, crankshaft, connecting rod, camshaft dan lain-lain. Apabila enjin dihidupkan maka minyak enjin akan turut mengalir sebagai pelinciran di antara komponen dalaman enjin. Semakin lama enjin berpusing atau kereta bergerak jauh maka tahap kelikatan minyak enjin akan menurun. Ini kerana pelinciran minyak mengalir di antara komponen akan berkeadaan panas dan dalam kata lain ia terbakar serta mengubah sifat dari likat kepada kurang likat dan warnanya minyak juga berubah dari kuning ke hitam.
0

PA sistem

Cikgu ROG Jumaat, 13 Ogos 2010


Alamat awam atau "PA" sistem adalah sistem amplifikasi elektronik dengan pengadun, amplifier dan pembesar suara, digunakan untuk menguatkan suara .PA sistem ini sering digunakan di tempat-tempat kecil seperti auditorium sekolah,dewan, dan aktiviti luar.kebiasaanye ianya digunakan, untuk membaca pengumuman atau mengumumkan keadaan kecemasan. sistem intercom, yang sering digunakan di sekolah, juga mempunyai mikrofon dalam setiap bilik sehingga ahli dapat membalas kepada pejabat pusat

0


Tahukah anda Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) telah mengeluarkan piramid makanan yang baru. Dahulunya pyramid makanan mempunyai 5 tingkat tetapi sekarang sudah ditukarkan menjadi 7 tingkat dimana keperluan yang paling diperlukan seseorang ialah senaman/bersukan dan pengambilan 8 gelas air mati sehari.

0
Cikgu ROG

Nak mengenali siapa mereka?

0
Cikgu ROG


SISTEM PENCERNAAN HAiWAN

Ialah proses di mana molekul besar dan kompleks di leraikan kepada molekul ringkas yang boleh digunakan oleh kehidupan sebagai makanan.

Terbahagi kepada 2 iaitu:
  • Perut Ringkas(Nonruminan)
  • Perut Kompleks(ruminan)


0

Automotif

Cikgu ROG


SISTEM ENJIN 4 LEJANG

Enjin ialah pembekal kuasa yang membekalkan tenaga haba kepada tenaga putaran untuk membolehkan roda berpusing dan menggerakkan kenderaan. Kebanyakan enjin automotif ialah enjin pembakaran dalam kerana bahan api terbakar di da
lam ruang enjin (ruang tertutup).

Bahan api terbakar di dalam enjin mengeluarkan satu tekanan tinggi di dalam ruang pembakaran. Tekanan tinggi memaksa omboh bergerak. Pergerakan dipindahkan oleh rod penghubung ke aci engkol. Ini memaksa aci engkol berputar, kemudian kuasa dibawa melalui unit penghantaran ke roda kenderaan untuk memusingkannya dan menggerakkan roda.

0

Pengurusan Ternakan

Cikgu ROG


PEMBUATAN SILAJ

Silaj (rumput peram) ialah bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan ditempat yang kedap udara. Silaj biasanya digunakan untuk makanan ternakan ruminan.silaj mempunyai kelembapan yang agak tinggi iaitu di antara 35 % hingga 75 %.
0

Perkebunan dan Hortikultur

Cikgu ROG Khamis, 12 Ogos 2010

PEKEBUNAN SAYURAN

Menanam sayur merupakan aktiviti yang berfaedah. Tidak memerlukan kawasan yang luas atau menggunakan tenaga yang banyak. Sayur-sayuran adalah salah satu punca bagi sumber vitamin dan pembekal utama zat makanan. Ia juga dapat membantu menghadamkan bahan-bahan makanan lain. Penanaman sayur-sayuran dapat memberikan kita beberapa manfaat seperti menyihatkan badan, membekalkan sayur-sayuran segar yang bersih serta menjimatkan belanja. Jika diusahakan secara kormesil ia dapat memberikan keuntungan yang tinggi.

0

Lukisan Kejuruteraan Teknik

Cikgu ROG Rabu, 11 Ogos 2010



PENGENALAN LUKISAN KEJURUTERAAN

Lukisan kejuruteraan merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan ringkas.

Ia juga merupakan lukisan garisan yang terdiri daripada garisan lengkung dan lurus. lukisan kejuruteraan juga mempunyai simbol, konvensyen dan kepiawaian tersendiri. Antara faktor yang menyebabkan mengapa piawaian itu penting adalah kerana untuk memudahkan komunikasi dengan mereka yang terlibat dalam bidang kejuruteraan dan menyeragamkan dari segi garisan, simbol, kaedah mendimensi dan sistem unjuran.

1

Makanan dan Teknologi

Cikgu ROG Selasa, 10 Ogos 2010


MENGIRA BMI?

BMI ialah singkatan kepada Body Mass Index atau indeks jisim badan.Indeks Jisim Badan adalah angka yang digunakan sebagai pengukuran langsung komposisi badan.yang dapat menentukan sama ada anda mempunyai badan yang ideal atau tidak.

Secara puratanya,BMI yang kurang daripada 19.00 di anggap kurus dan BMI antara 20.7 dan 26.4 adlah normal.BMi antar26.5 dan 30.00 pula dianggap gemuk manakala BMI yang melebihi 30 atau 31 adalah obes.