You Are Reading

0
Cikgu ROG Jumaat, 13 Ogos 2010

Nak mengenali siapa mereka?



MENGENAL BAKA KAMBING

1. Kambing kajang (baka tempatan)




  • Berasal dari Malaysia dan Indonesia.
  • Digunakan untuk keluaran daging.
  • Mempunyai badan yang kecil dan pendek, tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang.
  • Telinganya tegak ke sisi.
  • Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.
  • Leher pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata ketinggiannya ialah 50-60cm.
  • Kulit badan nipis tetapi mempunyai bulu yang kasar.
  • Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan.
  • Kelahiran kembar adalah salah satu ciri kambing ini yang baik.
  • Pengeluaran susu adalah sedikit; tidak lebih dari 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.

Kambing Jantan

Berat Lahir : 1.6 KG
Berat Dewasa : 25 – 30 KG

Kambing Betina

Berat Lahir : 1.8 KG
Berat Dewasa: 20-25 KG


2. Jamnapari/Ettawah


  • Berasal dari India. Biasanya berwarna putih dan bertompok perang – hitam
  • Dibawa masuk ke Malaysia dan dikacukkan dengan kambing tempatan untukmembaiki populasi, genetik ternakan tempatan.
  • Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu.
  • Pandangan dari sisi – muka cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.
  • Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing katjang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher.
  • Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan.
  • Digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing tempatan.

Kambing Jantan

Berat Lahir : 3-4 KG
Berat Dewasa : 68-91 KG

Kambing Betina

Berat Lahir : 3-4 KG
Berat Dewasa: 36-63 KG


3. Anglo Nubian


  • Berasal dari England. Kacukan baka British dan baka Afrika-India.
  • Mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India.
  • Kambing tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar.
  • Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu.
  • Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.
  • Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80cm.
  • Tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek.
  • Warna bulu ialah Merah keperangan, berbulu pendek, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut
  • Pengeluaran susu adalah menggalakkan dan ianya boleh mengeluarkan 2 kg susu satu hari dan 250 - 300 kg bagi satu laktasi.

Kambing Jantan

Berat Lahir : 3.5 KG
Berat Dewasa : 70-135 KG

Kambing Betina

Berat Lahir : 3.9 KG
Berat Dewasa: 55-100 KG


4. Kambing Saanen


  • Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland.
  • Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.
  • Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
  • Ekornya tipis dan pendek.
  • Tanduk didapati pada kedua-dua jantina.
  • Kekacang di leher boleh dilihat pada baka ini.
  • Penghasilan susunya berbeza di antara 500 kg dan 1,200 kg dalam tempoh 250 hari, (purata 800 kg).

Kambing Jantan

Berat Lahir : 3 KG
Berat Dewasa : 68-90 KG

Kambing Betina

Berat Lahir : 3.3 KG
Berat Dewasa: 36-65 KG


5. Kambing Boer


  • Kambing pedaging - Berasal dari Afrika Selatan.
  • Baka asli dengan campuran kambing dari European, Angora & Indian .
  • Bertanduk dengan telinga yang bergelung.
  • Badan berwarna putih dan kepala hingga ke tengkuk berwarna merah-keperangan.
  • Berat jantan di antara 110-135 kg; betina di antara 90 -100 kg.
  • Berkebolehan untuk menambahkan pengeluaran susu harian > 200 g/hari.
  • Cepat matang - 6 bulan untuk jantan & 10-12 bulan betina. Purata kadar ovulasi 1.7 telur/anak.
  • Biasanya kadar beranak 200% .
  • Memanjangkan tempoh musim beranak - 3 kali beranak dalam masa 2 tahun.
  • Kadar bercerai susu 160%. Boleh meragut - impak terhad kepada rumput atas (grass cover).
  • Kambing kacukan Boer iaitu Boer x Cashmere, Boer x Saanen dan Boer x Ferral juga diimport dari Australia.

6. Kambing Toggenburg


  • Baka tenusu yang berasal dari Switzerland.
  • Mempunyai warna bulu berbeza-beza daripada putih kepada perang tua.
  • Kebanyakannya tidak bertanduk tetapi mempunyai rumbai.
  • Berat dewasa jantan boleh mencapai 79kg manakala betina mencapai 61kg.
  • Tidak sesuai diternak di Malaysia.








0 comments:

Catat Ulasan