You Are Reading

0
Cikgu ROG Sabtu, 14 Ogos 2010

SISTEM SOKONGAN ENJIN

Sesebuah enjin tidak sempurna tanpa disokong oleh beberapa sistem lain yang mempunyai fungsinya yang tersendiri antaranya ialah Sistem Penyalaan,Sistem Bahan Api,Sistem Penyejukan,Sistem Pelinciran dan Sistem EkzosSekiranya salah satu daripada sistem ini tidak dapat berfungsi atau mengalami kerosakan, perjalanan enjin mungkin tidak dapat berfungsi atau tidak lancar.


SISTEM PELINCIRAN

Sistem ini berfungsi untuk membekalkan minyak kepada pelincir kepada semua bahagian enjin yang bergerak bagi mengurangkan geseran. Ia juga dapat memindahkan haba yang berlebihan dan menyerap gegaran. Sistem ini mempunyai lima bahagian iaitu :



Setiap bahagian dalam sistem ini mempunyai fungsinya yang tersendiri

  1. Takung Minyak Pelincir-Menakung minyak pelincir
  2. Pengaut-Mengaut serta menyimbah minyak pelincir ke bahagian enjin yang bergerak di dalam bongkah enjin.
  3. Ukur Celup-Mengukur aras minyak pelincir dalam takung minyak pelincir.
  4. Palam Buang Minyak-Lubang saluran bagi membuang minyak pelinciaran yang kotor.
  5. Palam Pengisi Minyak-Lubang saluran bagi mengisi minyak pelincr yang bersih.

SISTEM BAHAN API


Sistem ini berfungsi di permulaan lejang masukan. Bekalan campuran udara dan bahan api yang berterusan dapat membantu enjin berfungsi dengan sempurna. Sistem ini terdiri daripada bahagian berikut :

1. Karburetor
  • Mengewapkan bahan api untuk bercampur dengan udara bagi tujuan pembakaran.

2. Pembersih Udara
  • Menapis udara dari luar untuk masuk ke dalam karburetor.

3. Tangki Bahan Api
  • Menakung dan mengalirkan bahan api ke karburetor.

4. Saluran Bahan Api
  • Menyalurkan bahan api dari tangki bahan api ke karburetor.

5. Injap Masukan
  • Mengawal campran udara dan bahan api masuk ke ruang pembakaran.

6. Rongga Masukan
  • Menyalurkan campuran udara dan bahan api masuk ke dalam silinder.

Semasa piston bergerak dari TTA ke TTB, keadaan separa vakum terjadi dalam silinder. Keadaan ini menyebabkan campuran udara dan bahan api disedut ke dalam lubang silinder kerana injap masukan terbuka.


SISTEM PENYALAAN



Sistem ini berfungsi untuk membekalkan voltan tinggi yang dihasilkan di bahagian magneto ke palam pencucuh melalui kabel tegangan tinggi.Sistem penyalaan mengandungi bahagian-bahagian seperti palam pencucuh, magnet kekal dan gelung penyalaan, titik sesentuh, dan kondenser.

Fungsi-fungsi bahagian dalam sistem ini adalah seperti berikut :

  1. Palam Pencucuh – Men ghasilkan percikan bunga api untuk menyalakan campuranudara dan bahan api yang termampat di ruang pembakaran.
  2. Magnet Kekal – Terletak pada bahagian dalam roda bagi mewujudkan medan magnet bagi menghasilkan voltan tinggi kepada palam pencucuh
  3. Gegelung Penyalaan – Meninggikan voltan dan dialirkan ke palam pencucuh
  4. Kondenser – Mencegah titik sesentuh dari terbakar, mempercepat keruntuhan dan pengembangan medan megnet serta menyimpan arus elektrik buat sementara waktu.
  5. Titik Sesentuh – Kawal keluaran bahan api
  6. Sesondol pemutus – Kawal bukaan titik sesentuh.
  7. Kabel Tegangan Tinggi – Mengalirkan arus voltan tinggi ke palam pencucuh.

Sistem penyalaan bagi enjin bagi satu silinder ialah sistem penyalaan magneto.
Arus voltan yang tinggi itu dihantar kepada palam pencucuh melalui kabel tegangan tinggi. Palam pencucuh pula mengeluarkan bunga api hasil daripada arus voltan tinggi yang melompat melalui celahan di antara elektrod-elektrod palam pencucuh untuk membakar campuran udara bahan api.


SISTEM EKZOS


Sistem ini berfungsi untuk mengeluarkan gas ekzos hasil pembakaran campuran udara bahan api dari dalam silinder. Sistem ini juga dapat membantu mengurangkan bunyi bising semasa pembakaran melalui penyenyap bunyi. Sistem ekzos terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:

  1. Injap Ekzos – membenarkan campuran udara bahan api yang telah terbakar keluar dari silinder.
  2. Paip Ekor – Menghalakan gas ekzos ke udara
  3. Paip Ekzos – Menghubungkan rongga okzos dengan penyenyap bunyi.
  4. Penyenyap Bunyi – Menyerap bunyi bising dari letupan pembakaran enjin.
  5. Rongga Ekzos – Menghubungkan liang ekzos dengan penyenyap bunyi.


Pada lejang ekzos, piston bergerak ke atas, injap ekzos te rbuka. Campuran udara dan bahan api telah terbakar hanya mempunyai satu jalan keluar kerana injap masukan masih tertutup. Gas tersebut ditolak keluar melalui liang ekzos masuk ke rongga ekzos da seterusnya melalui paip ekzos.


SISTEM PENYEJUKAN UDARA


Terdapat 2 jenis sistem penyejukan udara iaitu sistem penyejukan udara dan sistem penyejukan cecair. Sistem penyejukan cecair digunakan pada enjin banyak silinder seperti kereta. Manakala sistem penyejukan udara pula digunakan pada enjin-enjin kecil.
Bahagian-bahagian utama pada sistem ini ialah :

1. Peumah Penghembus – mengarahkan udara ke sirip masuk.

2. Sirip Penyejuk – Memberikan permukaan yang lebih luas untuk pelepasan haba.

3. Roda Tenaga – Menyedut udara dan mengeluarkannya ke perumah penghembus

Sistem ini bertujuan untuk mengurangkan haba yang dihasilkan akibat pembakaran campuran udara bahan api pada sesebuah enjin.
Semasa enjin hidup, udara di sedut masuk ke dalam perumah penghembus yang kemudiannya disebarkan melalui sirip penyejuk.







0 comments:

Catat Ulasan