SISTEM PELINCIRAN
Minyak enjin mempunyai kelikatan masing-masing mengikut gred yang mana tugas minyak ini adalah sebagai pelincir bagi komponen yang bergerak dalam sesebuah enjin seperti piston, crankshaft, connecting rod, camshaft dan lain-lain. Apabila enjin dihidupkan maka minyak enjin akan turut mengalir sebagai pelinciran di antara komponen dalaman enjin. Semakin lama enjin berpusing atau kereta bergerak jauh maka tahap kelikatan minyak enjin akan menurun. Ini kerana pelinciran minyak mengalir di antara komponen akan berkeadaan panas dan dalam kata lain ia terbakar serta mengubah sifat dari likat kepada kurang likat dan warnanya minyak juga berubah dari kuning ke hitam.
Jika minyak enjin terus digunakan tanpa diganti baru selepas perjalanan kereta 5,000KM maka kelikatan minyak ke tahap menurun dan semakin lama ia menjadi tidak likat langsung. Jika minyak tidak lagi likat maka ia boleh mengakibatkan kerosakan ke atas komponen enjin seperti berlaku kehausan yang teruk dan enjin menjadi cepat panas semasa beroperasi. Kehausan komponen yang paling ketara ialah kerosakan terhadap piston ring menjadi haus, kesannya enjin mengeluarkan asap putih yang banyak dan minyak enjin cepat kurang kerana minyak enjin telah naik melalui piston ring yang haus ke dalam ruang pembakaran enjin serta ia turut terbakar semasa lejang kuasa dan asap ekzos yang keluar juga menjadi putih berkepul-kepul dan berbau minyak enjin terbakar.
Minyak enjin secara amnya boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu jenis
• Mineral(SAE 20W-50),
• Semi Synthetic (SAE 10W-40)
• Fully Synthetic (SAE 5W-30)
NOMBOR S.A.E DAN KADAR PENGALIRAN
SAE ialah singkatan dari “ The Society of Automotif Engineers”. Kelikatan minyak pelincir diukur dengan menggunakan ‘Saybolt Universal Viscometer’. Semasa ujian dijalankan, faktor suhu diambil kira kerana factor ini mempengaruhi kelikatan. SAE mengkadarkan kelikatan minyak dengan dua cara yang berbeza iaitu kegunaan dimusim sejuk (winter w) dan panas. Minyak yang digredkan untuk ‘winter’ iaitu S.A.E 5W, 10W, 20W dan musim panas S.A.E 30, 40, 50. Bagi setengah minyak digredkan untuk dua musim seperti S.A.E 20W/50. Nombor S.A.E menunjukkan kelikatan minyak pelincir, semakin besar nombor S.A.E, semakin tinggilah kelikatan minyak pelincir
Kelikatan merupakan satu ciri yang penting bagi minyak pelincir. Kelikatan adalah dikaitkan sebagai kepekatan atau kecairan minyak pelincir. Dengan lain perkataan, kelikatan ialah kecenderungan atau keupayaan minyak pelincir melawan pengaliran.

MEMERIKSA KEADAAN MINYAK PELINCIR
1. Ukur celup digunakan untuk memeriksa keadaan minyak pelincir.
2. Keluarkan ukur celup dan bersihkan.
3. Masukkan semula ukur celup dan keluarkannya semua untuk memerhatikan kesan aras minyak pelicir
4. Keadaan minyak pelincir:
• Hitam dan kotor – perlu diganti
• Baik tetapi berada di bawah paras minimum- perlu ditambah
• Memeriksa keadaan minyak pelincir menggunakan ukur celup
• Menambah atau menukar minyak pelincir.
5. Letakkan lockjack di bahagian tengah tayar hadapan dan sediakan takungan untuk menadah minyak pelincir yang kotor.
6. Gunakan soket dan tangkai yang sesuai untuk membuka palam buang minyak
7. Biarkan minyak pelincir yang kotor mengalir keluar dari takung minyak pelincir. Selepas itu, tuang setengah cawan minyak petrol yang baru untuk menolak minyak hitam yang lama sehingga habis.
8. Buka penapis minyak mengikut arah lawan jam
9. Pasang dan ketatkan semula palam buang minyak
10. Pasang semula penapis minyak
11. Masukkan corong ke palam pengisi minyak. Isikan minyak pelincir yang baru menerusi corong ke dalam takung minyak.
12. Uji aras kandungan minyak menggunakan ukur celup. Pastikan aras minyak berada pada tanda maksima,kalau tidak mencukupi minyak petrol perlu ditambah. Akhir sekali pasangkan semula palam pengisi minyak dan ketatkannya.

0 comments:
Catat Ulasan