PEKEBUNAN SAYURAN
Menanam sayur merupakan aktiviti yang berfaedah. Tidak memerlukan kawasan yang luas atau menggunakan tenaga yang banyak. Sayur-sayuran adalah salah satu punca bagi sumber vitamin dan pembekal utama zat makanan. Ia juga dapat membantu menghadamkan bahan-bahan makanan lain. Penanaman sayur-sayuran dapat memberikan kita beberapa manfaat seperti menyihatkan badan, membekalkan sayur-sayuran segar yang bersih serta menjimatkan belanja. Jika diusahakan secara kormesil ia dapat memberikan keuntungan yang tinggi.
Kaedah penanaman sayur-sayuran ter bahagi kepada 3;
a. Penanaman di atas batas
b. Hidroponik
c. Aeroponik
JENIS - JENIS SAYURAN
Terbahagi kepada 5 bahagian besar :
1. Jenis daun
- Sayuran ini juga membekalkan vitamin A dan vitamin C.
- Sayuran jenis daun hijau muda seperti kobis, sawi hijau dan kailan juga membekalkan zat-zat makanan yang sama.
- memberikan unsur-unsur mineral seperti besi dan kalsium.
- Contoh : Sawi bunga, sawi putih, bayam, kangkung, kobis, cekur manis
2. Jenis buah
- Buah yang berwarna merah, kuning atau oren akan membekalkan vitamin A. Semua sayuran dalam kumpulan ini akan memberikan mineral-mineral dan vitamin-vitamin yang menyedapkan lagi makanan.
- Contoh : Cili, terung, tomato, timun, peria, bendi, petola
3. Jenis Kekacang
- Sayuran kekacang antaranya ialah kacang botor/kelisa, kacang panjang, kacang buncis, kacang soya dan kacang hijau.
- Sayuran ini sangat penting kerana di samping mengandungi zat-zat makanan, ia juga mengandungi protein.
- Penting untuk dimakan terutamanya jika sumber protein yang lain seperti ikan, daging, dan telur berkurangan dalam hidangan seharian.
- Sayuran kekacang juga banyak membekalkan vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan badan.
4. Jenis Akar / Ubi
- Contohnya ubi keledek, ubi keladi, ubi kayu, lobak, lobak merah.
- Ubi yang berwarna putih membekalkan karbohidrat yang penting untuk menghasilkan tenaga, juga banyak memberikan vitamin dan mineral.
- Ubi yang berwarna kuning seperti karot dan ubi keledek membekalkan tenaga dan juga banyak membekalkan vitamin A.
- Lobak putih, sengkuang, keladi, halia, bawang merah juga termasuk dalam sayuran jenis akar.
5. Sayuran Jenis Bunga
- Contohnya kobis bunga dan brokoli.
- Biasanya ditanam di kawasan dataran tinggi dan berhawa dingin.
- Masih lagi diimport dari Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat.
- Beberapa varieti yang sesuai dengan suhu panas iaitu yang boleh berbunga telah dikenalpasti.
- Bijibenih varieti jenis ini diimport dari Taiwan, Jepun, Australia dan Holland.
PEMILIHAN TAPAK TANAMAN DAN PENYEDIAAN BATAS
Pemilihan tapak tanaman bergantung kepada beberapa faktor berikut :
1. Tanah kawasan terbaik mestilah rata (memudahkan membuat batas). Tanah / kawasan cerun landai boleh juga digunakan tetapi tanaman memerlukan teres dan saliran.
2. Mestilah berdekatan dengan bekalan air
Contoh : Sungai, parit besar, perigi atau bekalan air paip / tangki
3. Tapak tanaman mestilah di tempat yang terbuka dan tidak terdapat pokok-pokok besar (masalah akar pokok akan menganggu tapak penanaman) atau bangunan yang melindungi cahaya matahari
- Pokok-pokok yangberhampiran (buluh atau pokok pagar) jika dibiarkan akan menandingi tanaman untuk mendapatkan sumber-sumber dari tanah.
- Menjadi sumber kepada perosak dan penyakit.
4. Tanah yang baik untuk sayuran ialah peroi dan subur (mempunyai saliran yang baik). Tanah peroi mudah dikerjakan sama ada ia basah atau kering.
5. Berhampiran dengan jalanraya untuk kemudahan pemasaran hasil dan juga membawa input pertanian (baja, racun serangga dan alatan ladang) ke kebun sayur.
6. Tanah loam adalah tanah yang terbaik kerana mengandungi bahan organik.
0 comments:
Catat Ulasan